Basmathi 1121 Golden Sella

RM 26.00

2kg
India Pusa 1121
Servis Penghantaran Segera Hanya Terdapat Di:
Pulau Pinang

Bagi mereka yang berada di luar kawasan berikut, kami akan membuat penghantaran menggunakan servis kurier.

Basmathi 1121 Golden Sella

RM 26.00

2kg
India Pusa 1121
Servis Penghantaran Segera Hanya Terdapat Di:
Pulau Pinang

Bagi mereka yang berada di luar kawasan berikut, kami akan membuat penghantaran menggunakan servis kurier.

Tentang Produk

  • Merupakan Beras Basmathi (Golden Sella) Parboiled (direbus) kualiti super premium bergred tinggi yang diimport dari negara India.
  • 100% asli, organik, natural dan fresh.
  • Proses parboiling juga membuat setiap butiran beras lebih lembut dan tidak akan melekat satu sama lain setelah di masak.
  • Dikenali sebagai beras extra panjang iaitu diantara 9mm hingga 10mm serta akan mengembang dan memanjang 2 kali ganda apabila dimasak.
  • Beras jenis Golden Sella tidak mudah patah. Beras panjang dan besar.
  • Mempunyai aroma yang harum.
  • Antara keistimewaan beras ini adalah merupakan basmati dengan kandungan nutrisi paling baik.
  • Golden sella berwarna kuning keemasan yang menandakan bahwa beras ini sudah melalui proses parboiling (direbus).
  • Proses ini menyebabkan basmati Golden Sella memiliki kemampuan menyimpan nutrisi dan vitamin lebih baik dalam butiran beras aslinya apabila semua nutrient dari bran berpindah ke beras semasa proses tersebut. Parboiled mengekalkan 80-90% daripada vitamin-vitamin yang ada.
  • Keistimewaan beras Parboiled adalah mempunyai kandungan fiber, kalsium, potassium dan vitamin B-6 kerana beras telah menyerap begitu banyak nutrisi semasa menjalani proses parboiled bersama dengan kulit beras sehingga menjadikan ia lebih tahan dari kepatahan berbanding beras biasa.

Cara Beras Diproses

  • Beras Parboiled (direbus) diproses terus dari padi yang dituai.
  • Tanpa membuang kulitnya, padi direndam (soaked), dikukus (steamed) dan kemudian dikeringkan (drying) dalam kulitnya. Setelah itu baru kulit sekamnya dibuang.
  • Beras ini akan melalui proses 'pengelatinan' dan pengeringan (drying) yang mana menjadikan tekstur beras lebih teguh dan keras.
  • Proses ini membantu meningkatkan 'resistant starch' (menurunkan indeks glisemik) dan secara tidak langsung menjadi makanan kepada bakteria baik dalam usus besar kita (prebiotik).
  • Warna beras jenis Golden Sella parboiled (direbus) kelihatan kuning keemasan disebabkan oleh pindahan pigmen daripada sekam ke kernel beras dan tindak balas “browning reaction” semasa proses parboiled dilakukan.
  • Oleh kerana beras tersebut telah menjalani proses stim (dikukus) bersama dengan kulit-kulitnyanya sekali, beras ini telah menyerap begitu banyak nutrisi dan wujud proses pengubahan kanji di dalam beras sehingga menjadikan ianya lebih tahan dari kepatahan dan lebih berderai daripada beras putih biasa dan beras basmati yang tidak direbus (non parboiled basmati rice).

Hidangan

Dengan aroma yang enak ianya sangat sedap dimakan walaupun dimasak sebagai nasi putih sahaja selain daripada penyediaan nasi briyani, nasi mandhi, nasi Bukhari, nasi Kabsah, Nasi Arab, Nasi Ayam, Nasi Minyak, Nasi Tomato dan lain-lain kerana memilki kemampuan penyerapan rempah ratus masakan lebih baik dalam masakan.